Pages

Saturday, 16 June 2012

indah doa.,


Dengan izin-Mu, ya Allah, aku mnyimpan wajahny di hatiku. Terima kasih Tuhan, Engkau berikan aku kekuatan untuk berusaha memajukan diri dengan mnghadirkan dia di hatiku. Tuhan,bantulah aku untuk lindungi dia dlam doa yang tidak pernah padam ini.
Aku amat mngasihinya. Ya Allah, sekiranya rsa kasih ini dtang daripada hasutan makhluk terkutuk dlam hatiku ini, bantulah aku membuang rsa ini, tetapi sekirany rsa ini Engkau anugerahkan kpadaku, mka permudahkanlah perjalanan harapanku ini, Tuhan.!
Tuhan, sudah pun Engkau smpankan dia di dlam hatiku ini; Engkau berikanlah dia kebaikan hari ini kpdny dan jauhkan dia drpd segala keburukan hari ini. Sudah Engkau ciptakan dia sebaik-baik insan di muka bumi-Mu ini,lalu Engkau hadiahkan pula kepadaku dengan semulia-mulia perasaan yg indah ini. Tuhan,permudahkanlah ujian kami, permudahkanlah perjalanan perkasihan kami.
Ya Allah,berikanlah insan yang selalu berikan aku semangat untuk berjuang, bersemangat untuk meneruskan khidupan. Terima kasih Allah, Engkau masih izinkan dia berteduh di hatiku untuk mnjadi teman yang pling akrab, untuk aku teruskan usaha sprt yang kami rancangkan dhulu. Dia selalu ada di hatiku. Terima kasih berikan aku rezeki yang tak ternilai ini. Terima kasih Tuhan, rezeki ini amat bermakna dalam hidupku, rezeki; untuk terus kasihkan dia, seorang insan yang bernama Hazim..
Ya Allah, bagi-Mu segala puji , Engkau penegak kerajaan langit dan bumi, alam semesta dan segala isinya. Bagi-Mu segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi . Ya Allah, ampunilah aku atas kesalahan yang aku sembunyikan atau yang aku nyatakan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatanku melainkan dgn izin-Mu, ya Allah.
Tuhan,terima kasih Engkau berikan aku, dia yang selalu temankan ke mana sahaja aku pergi. Dia teman di hatiku. Walaupun mata ini tidak lagi terpandangkan dia, tetapi Engkau izinkan hatiku ini menyimpan kata-kata nasihat dan peransang daripadanya. Terima kasih Tuhan, Engkau temankan aku insan sebaik dia untuk aku kuat dan bersemangat berjalan di muka bumi ini, menunaikan amanah yang Engkau berikan. Selamatkanlah dia ya Allah, lindungilah dia sgala bahaya dan tabahkanlah hatinya menjalani ujian hidup yang Engkau ujikan kepadanya. Dia, insan yang selalu ada di hatiku; Hazim. Ampunkanlah dosa kami, ya Allah, bantulah kami untuk memelihara tingkah laku dan pekerti kami dari melakukan perkara2 yang Engkau murkai.
Amin.

No comments:

Post a Comment